Erdogan menawarkan diri untuk mengetuai dunia Islam dalam tindak balas terhadap keputusan Amerika Syarikat (AS)

TERBARU: Turki Tawar Diri Menjadi Ketua Negara Islam Selamatkan Baitulmuqadis

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menegaskan untuk terus memperjuangkan hak kemanusiaan yang tertindas di seluruh dunia.

Agensi Berita Turki ANADOLU NEWS AGENCY melaporkan Erdogan menyatakan kesungguhan demikian sempena Hari Hak Asasi Manusia Sedunia yang disambut di seluruh dunia pada 10 Disember setiap tahun.

Katanya, Kerajaan Turki bersama-sama dengan mereka yang tertindas sama ada di Palestin sehingga ke Syria, dan dari Afrika sehingga ke Asia.

Erdogan juga menawarkan diri untuk mengetuai dunia Islam dalam tindak balas terhadap keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Erdogan yang sering menonjolkan dirinya sebagai juara pembela Palestin, menentang keras tindakan Presiden Donald Trump itu selepas beliau membuat pengumuman minggu ini.

Beliau turut menyifatkan bahawa sebarang usaha mengiktiraf bandar yang terletak di timur Palestin itu sebagai ibu negara Israel menjadi satu ‘garisan merah’ kepada umat Islam.

Presiden Turki itu berkata, beliau akan menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk mengadakan sidang kemuncak negara-negara Islam.

OIC yang merupakan sebuah pertubuhan diasaskan pada tahun 1969 selepas satu serangan ke atas Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis kini membuka peluang kepada Erdogan untuk menonjolkan kedudukannya sebagai pe­mimpin Islam.

Sementara itu sumber Istana Presiden Turki memberitahu hubungan antara Turki dan Perancis diperkukuhkan dalam isu Baitul Maqdis.

Dalam hubungan telefon kedua-dua pemimpin tertinggi negara itu prihatin dengan perkembangan terkini keputusan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu negara rejim Zionis.

Dalam pada itu, Kementerian Luar Turki mengecam tindakan rejim Zionis yang mengenakan tindakan kekerasan terhadap penduduk Palestin yang menentang keputusan polisi Amerika Syarikat.

“Kami sangat sedih dan bimbang tentang kehilangan empat nyawa dan kecederaan ratusan orang Palestin akibat campur tangan tentera Israel terhadap Palestin yang membantah wilayah diduduki berikutan pengumuman ke atas Jerusalem bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan semua yang berkaitan Keputusan PBB.

“Kami mengutuk penggunaan kekuatan yang tidak seimbang oleh Israel,” katanya.

Erdogan juga juga mendesak dunia Islam untuk melawan kekerasan di Myanmar itu. Saat Qatar diembargo oleh negara-negara Teluk, Erdogan tampil memberikan pembelaannya. Erdogan segera menelepon Emir Qatar Syaikh Tamim bin Hamad al Tsani, menyampaikan kesiapan Turki memasok seluruh kebutuhan Qatar selama diembargo.

Supermarket di Doha pun dipenuhi makanan dari Turki. Rakyat Qatar yang ingin berangkat umrah pun langsung disediakan Turkish Air. Bahkan Turki siap menempatkan pasukannya di Qatar.

Saat pemimpin negara lain bertekuk lutut pada Israel, Erdogan berani menunjuk wajah Shimon Peres seraya mengatakan “inilah orang yang membunuh anak-anak Palestina” lalu menghinakan pemimpin Israel itu dengan meninggalkannya.

Siapakah Erdogan sebenarnya? Dalam sebuah khutbah, Ustadz Abdul Somad, Lc, MA menjelaskan bahwa Erdogan merupakan alumni Madrasah Imam wa Khatib. Melalui sekolah imam dan khatib lolos dari penghapusan Mustafa Kemal Ataturk ini, ia dididik ilmu agama hingga menjadi pemimpin besar seperti saat ini.

SALASILAH HIDUP EDROGAN
Recep Tayyip Erdogan (lahir 26 Februari 1954) adalah ahli politik Turki dan Presiden Turki ke-12 sejak 2014. Beliau adalah pengerusi Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) telah memenangi pilihan raya umum Turki 2007 dan 2011. Beliau sebelum itu merupakan Datuk Bandar Istanbul dari 1994 hingga 1998.

Kehidupan Awal
Erdogan dilahirkan di di Kasimpasa, Istanbul. Keluarganya dikatakan berketurunan pendatang dari Georgia yang menetap di Batum dan Rize. Semasa lawatan beliau ke Georgia pada 2004, Erdogan telah melawat tempat asal-usul nenek moyangnya di sana. Kehidupan kanak-kanaknya dihabiskan di Rize sehingga berumur 13 tahun. Bersekolah di Sekolah Imam Hatip dan Universiti Marmara dalam jurusan ekonomi dan sains pentadbiran. Erdogan dikatakan seorang pemain bola sepak profesional sejak berumur 16 tahun.

Presiden Erdoğan mengangkat sumpah jawatan presiden pada 28 Ogos 2014 dan menjadi Presiden Turki ke-12. Beliau melantik Perdana Menteri baharu, Ahmet Davutoğlu pada 29 Ogos 2014. Apabila ditanya mengenai saham 51.79% lebih rendah daripada jangkaan beliau undi, dia didakwa memberi maklum balas, “ada juga orang-orang yang tidak menyukai Nabi itu. Saya, bagaimanapun, memenangi 52%.

Berikut ini videonya yang menggebu-gebu dan membakar semangat umat:

Sumber: selangorkini.my
Sumber: tarbiyah.net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *