Vellfire Nabil dicuri

KUALA LUMPUR: Kenderaan pelbagai guna (MPV) milik pengacara terkenal, Nabil Ahmad, hilang ketika diparkir di Taman Tun Dr Ismail, Petaling Jaya, petang tadi.

Pengacara musim keempat Gegar Vaganza (GV) itu menyedari kehilangan MPV jenis Toyota Vellfire berwarna putih itu selepas menghadiri konsert di sekolah anaknya, jam 2.30 petang.

“Sebaik selesai acara dan mahu pulang, saya sedar kereta tiada di tempat parkir di luar sekolah anak.
“Saya fikir mungkin tersalah tempat tetapi rupa-rupanya dicuri orang. Saya kemudian membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail.

“Anggota polis menghantar saya dan keluarga pulang ke rumah,” katanya pada konsert pertama GV4 di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di sini, malam tadi.

Empat tahun lalu, kereta milik bekas juara Raja Lawak musim pertama ini dipecahkan dalam kejadian di Sungai Buloh.

Insiden itu berlaku ketika Nabil dan keluarga sedang makan malam di kawasan berkenaan

Sumber BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *